Apa itu Kerjaya @ Pekerjaan @ Profesion ?
Salam hormat kepada semua
pembaca. Semoga anda semua sentiasa gembira dan diberi ilham terbaik
dalam melalui apa sahaja peristiwa yang sedang anda lalui pada hari ini. Topik
yang akan dibincangkan dengan terperinci pada kali ini ialah definisi kerjaya.
Apabila disebut tentang kerjaya, pelbagai persepsi dan pandangan yang pastinya
terbayang dalam minda setiap orang.
Kerjaya juga diambil dari kata kunci kerja yang
didefinisikan sebagai pekerjaan atau sesuatu yg dilakukan oleh
seseorang untuk mencari nafkah atau pencarian dengan contoh ayat ada yang
kerjanya berladang dan ada pula yang berniaga. Kerja juga memberi banyak maksud
lain antaranya sesuatu yngg mesti dilaksanakan atau tugas.
Ini digunakan dengan contoh ayat, tiap-tiap
orang hendaklah menjalankan kerja masing-masing. Makna ketiga perkataan kerja
ini pula ialah kegiatan atau usaha
melakukan sesuatu dengan contoh ayat,
kerjanya tiap-tiap hari tiada lain daripada membaca surat khabar.
Perkataan
kerjaya dalam kamus dewan edisi keempat mendefinisikan bahawa, kerjaya
ialah perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan dengan contoh ayat
kerjaya Churchill sebagai ahli politik. Kerjaya
juga didefinisikan dengan profesion atau
pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Namun
jika difokuskan kepada perkataan pekerjaan, pekerjaan didefinisikan dengan sesuatu yg dilakukan untuk mencari
nafkah hidup atau pencarian. Dengan
contoh ayat, pekerjaan mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap
ikan. Selain itu pekerjaan juga didefinisikan sebagi sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat
dengan contoh ayat demikianlah pekerjaannya setiap hari. Kamus dewan juga
memperincikan perkataan kerja kepada pekerja. Pekerja ditafsirkan sebagai orang
yang bekerja untuk memperoleh pendapatan dengan contoh ayat tiga orang
pekerja syarikat itu telah dipecat.
Jelas bahawa perkataan
kerja, kerjaya dan pekerjaan merupakan perkataan yang sangat berkait rapat
dengan isu dan topik yang sedang dikupas. Umumnya, definisi dan makna kerja
atau pekerjaan dikaitkan juga dengan istilah profesion dan perjalanan atau
kemajuan dalam sesuatu lapangan. Kamus dewan mendefinisikan
kerjaya sebagai profesion atau pekerjaan
yang dipilih sebagai cara mencari nafkah. Apabila perkataan profesion atau
pekerjaan itu dikupas, kamus dewan edisi kedua pula memaknakan sebagai profésion atau pekerjaan
yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yang melalui latihan khusus
dan berterusan. Dapat dirumuskan bahawa, terdapat dua kata kunci yang
digunakan untuk definisi istilah kerjaya
dalam kamus dewan edisi keempat ini iaitu profesion atau pekerjaan dan nafkah.
Seterusnya, istilah
kerja, pekerja dan pekerjaan juga dengan istilah nafkah. Istilah nafkah pula
diperincikan dengan makna wang (makanan) yang diperlukan untukk hidup
atau sara hidup dengan contoh ayat,
siapa yg menanggung nafkah anak yatim itu?. Definisi istilah nafkah yang
seterusnya ialah makanan sehari-hari atau rezeki dengan penggunaan contoh
ayat mencari nafkah atau mencari rezeki
(bekerja untuk mendapatkan rezeki). Makna istilah nafkah yang lain pula
ialah perbelanjaan yang wajib diberikan
oleh suami kepada isterinya dengan contoh penggunaan ayat suami wajib menanggung nafkah isterinya.
Definisi keempat bagi istilah nafkah ialah pendapatan atau gaji atau menafkahi atau memberi nafkah atau menyarai
hidup seseorang atau menafkahkan atau mengeluarkan (wang) untuk makanan
sehari-hari atau membelanjakan (wang).
Dalam
Kamus Pelajar Edisi Kedua Nafkah juga diertikan sebagai
wang, makanan yang diperlukan untuk
hidup atau sara hidup atau perbelanjaan yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya atau
makanan sehari-hari atau rezeki. Contoh penggunaan ayat istilah nafkah
pula seperti, mencari nafkah atau
bekerja untuk mendapatkan rezeki.
Definisi lain pula ialah menafkahi atau memberikan nafkah kepada atau menyara
hidup seseorang dengan contoh penggunaan ayat ayah bekerja keras untuk nafkah
kami sekeluarga.
Dengan
penerangan-penerangan istilah kerja, pekerjaan,kerjaya dan nafkah, jelas bahawa, perkaitannya begitu ketara dan
sangat memberi impak kepada kehidupan seseorang manusia. Tambahan lagi, istilah-istilah ini juga
dikaitkan dengan perjalanan dan kemajuan seseorang dan menyara kehidupan. Ini
bermakna, sesuatu pekerjaan, profesion yang ingin disandang memerlukan tempoh
masa yang tertentu dan seseorang itu perlu melalui proses tertentu untuk
mencapai sesuatu profesion. Tambahan lagi, ia juga dikaitkan dengan kelayakan
atau pendidikan berkaitan atau latihan ikhtisas tertentu. Dalam erti kata lain, jika dikatakan sebagai perjalanan ini
pastinya merupakan satu proses dan perubahan tahap perkembangan seorang manusia
dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang baharu atau lebih baik.
Ini bermakna, profesion
atau pekerjaan yang ingin disandang haruslah hadir dengan pengetahuan atau kemahiran berkaitan dengan sesuatu profesion.
Pastinya, pengetahuan dan kemahirann yang berkaitan itu dibuktikan dengan
pengiktirafan dari badan –badan yang disahkan
atau dokumen tertentu. Bukti pengiktirafan yang disahkan ini sangat
penting untuk menjamin kualiti dan pengendalian yang tepat dan betul oleh
seseorang. Jika dilihat secara umum juga, terlalu banyak firma atau institusi
yang melatih profesion atau pekerjaan sama ada berbayar atau tidak berbayar dan
pastikan peserta akan mendapat pengiktirafan diperingkat sijil, diploma, ijazah dan sarjana.
Dengan
penjelasan-penjelasan yang dikupas dari akar kata diatas, dapat disimpulkan
bahawa kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan atau ditadbir oleh pekerja
yang bertauliah melaui proses dan tempoh masa tertentu sebagai sebagai sumber
pendapatan. Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran secara umum berkaitan
definisi kerjaya.
Sekian terima kasih.
AzizahSidi
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016.
x
0 comments:
Post a Comment