logo

Thursday, May 31, 2018

ALUAN TPPP

Assalam-mu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 

Ucapan selamat datang saya hulurkan kepada semua yang melawat laman ini.

Dengan penuh keyakinan dan kegembiraan, tahniah saya kerana berjaya membuka minda anda untuk meneroka dan mendapatkan maklumat kerjaya sebelum membuat keputusan.

Laman ini diharapkan dapat membekalkan anda dengan pengetahuan dalam memilih bidang pendidikan yang sesuai dan mengikut trend revolusi semasa di Malaysia. 

Sehubungan dengan itu, laman ini diadakan adalah untuk menggalakkan perbincangan ilmiah dan pertukaran idea, menanamkan budaya pemikiran intelek, memberi pengetahuan dalam proses pemilihan kerjaya.

Kepada para pelajar MRSM Pasir Salak, manfaatkanlah inisiatif ini agar anda tidak ketinggalan. Akhir kata saya ucapkan selamat menimba ilmu dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. 

Sekian dan  terima kasih.


EN MOHD TAIB BIN MOHD SAID
Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
MRSM Pasir Salak.

0 comments:

Post a Comment

Pengiktirafan

Pengiktirafan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...