Pendidikan
dan Kerjaya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kebiasanya,
seseorang individu memilih bidang pendidikan tertentu dengan matlamat dapat
menceburi bidang kerjaya tertentu (Hairunnaja, 2006). Dalam proses pemilihan
bidang pendidikan dan kerjaya ini juga terdapat pelbagai kaedah dan teori yang
boleh diguna pakai bagi memastikan kedua-dua bidang ini tepat dan sangat
bersesuaian dengan diri seseorang. Pastinya proses ini dicetuskan melalui
proses menentukan laluan pendidikan dan jatidiri seterusnya bidang kerjaya.
Umumnya,
proses menentukan laluan pendidikan dan jatidiri seseorang bermula seawal dari
dalam kandungan lagi. Untuk tujuan itu, Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah
mewajibkan kesemua pelajar menengah atas di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
mengikuti Kursus Perkembangan Kerjaya untuk membantu pelajar-pelajar yang
berada di dalam sistem MRSM jelas dan faham dengan laluan kerjaya dan
pendidikan pilihannya.
Oleh
itu, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling MRSM Pasir Salak mengambil
inisiatif untuk mewujudkan laman ini bagi memudahkan pelajar berhubung dengan
kaunselor MRSM Pasir Salak dalam usaha melengkapkan tugasan dan folio kerjaya
yang wajib dihasilkan. Namun begitu, platform ini juga pastinya mengandungi
maklumat berkaitan jenis-jenis kerjaya dan cabang maklumat berkaitan. Semoga
laman ini bermanfaat kepada semua pelajar MRSM Pasir Salak khasnya dan semua
pengunjung amnya.
0 comments:
Post a Comment