logo

Thursday, May 31, 2018

PERUTUSAN PENGETUA


Bissmillahirrahmanirahim,
Assalam-mu-alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 


Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan ruang untuk saya menulis sepatah dua kata dalam blog ini. Kursus Perkembangan Kerjaya yang wajib diikuti oleh setiap pelajar yang mengikuti pendidikan menengah di dalam sistem MRSM adalah kursus yang sangat penting.

Ini adalah bertepatan dengan senario dunia pendidikan kini. Sebagaimana maklum dunia pendidikan adalah bersifat dinamik, sentiasa berubah dan akan terus berubah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi masa kini. Justeru itu, kita sebagai pelajar dan warga pendidik sewajarnyalah berasa terpanggil untuk mengikuti perubahan ini. Perubahan ini juga turut memberi kesan kepada proses pemilihan lauan kerjaya seseorang pelajar. Mekanisma yang terbaik adalah melalui penghijrahan pemikiran dan penerokaan maklumat yang menyeluruh.  

Hijrah pemikiran bukan sahaja dalam bentuk perubahan tingkah laku secara fizikal tetapi yang lebih penting adalah penghijrahan minda yang berfokus dan bermatlamat. Ini adalah kerana minda akan mempengaruhi gerak laku. Gerak laku yang kompeten adalah  paparan dari minda yang sihat dan sentiasa terkini. Individu yang tidak berganjak dan bergerak seiringan dengan kemajuan serta memberikan respon terhadap tuntutan semasa adalah mereka yang pasif lagi pesimistik. 

Atas dasar itu, penerokaan kerjaya pelajar juga seharusnya berhijrah dari terikat kepada beberapa profesion tertentu yang popular seperti doctor dan jurutera sahaja. Proses ini seharusnya lebih meluas dan terbuka. Tambahan lagi, dengan Revolusi Digital 4.0 yang sedang berlaku, penerokaan ini pastinya lebih global.

Saya percaya, platform yang diwujudkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Pasir Salak ini bukan sahaja membantu warga maktab khasnya dalam penerokaan kerjaya, namun  masyarakat amnya. Oleh itu, manfaatkanlah platform ini sebaiknya.

Saya juga menyeru kepada semua agar melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan pemilihan kerjaya dan pendidikan ke arah mencapai matlamat seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan seiring dengan Falsafah Pendidikan MRSM dan pastinya kehidupan akhirat. Disamping itu juga kita perlu peka dan bersikap proaktif terhadap isu-isu kerjaya dan pendidikan semasa agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang progresif dan berpengetahuan.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada pembaca laman ini. Semoga usaha ini dan mampu mencapai objektifnya seterusnya memacu pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Sekian, terima kasih.
 
Hj Abd Manab bin Abdul Majid
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak.

0 comments:

Post a Comment

Pengiktirafan

Pengiktirafan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...