logo

Wednesday, July 8, 2020

TUGASAN KPD411 TINGKATAN 4 2020 : E-FOLIO KERJAYA MRSM PASIR SALAK






KERJA KURSUS PENEROKAAN KERJAYA
(FOLIO KERJAYA & PENULISAN RESUME, PERANCANGAN PENGAJIAN)
MAKTAB RENDAH SAINS MARA PASIR SALAK


A.   PENGENALAN

·         Tugasan ini adalah khusus untuk para pelajar tingkatan 4 sebagai sebahagian kerja Kursus Perkembangan Diri (KPD 411) sepertimana syarat dalam kurikulum subjek khas MRSM.
·         Tugasan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman bagi pelajar untuk melihat dan meneroka bidang kerjaya yang diminati.

B.   SYARAT & PERATURAN

·         Tugasan ini dilakukan secara individu.
·         Tajuk tugasan yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada bidang kerjaya yang ingin diceburi seperti mana contoh di bawah ini :

FOLIO KERJAYA : DOKTOR PAKAR JANTUNG

·         Tugasan ini mestilah dihasilkan dalam bentuk esei dan dokumentasi tentang maklumat yang diambil seperti gambar, temubual, lawatan, pemerhatian dan sebagainya.
·         Setiap pelajar akan diberikan surat kebenaran daripada pihak maktab untuk menjalankan folio ini sebagai salah satu bukti pengesahan dan kerjasama kepada organisasi yang ingin dilawati.
·         Folio kerjaya yang dihasilkan mestilah mengikut spefikasi seperti berikut :

1.    Bentuk folio adalah berbentuk buku skrap A4 secara softcopy seperti contoh :
(https://drive.google.com/file/d/1fYNMstFbtJipqMZK-tA1Gs8pEWju4XhR/view)
2.    Saiz tulisan bersaiz 12
3.    Tulisan yang digunakan ialah berbentuk Arial @ Times New Roman sahaja
4.    Segala maklumat yang ditaip hendaklah diselang dua baris (double spacing)
5.    Muka surat yang ditetapkan ialah tidak kurang 25 halaman yang ditaip mengikut maklumat yang dikehendaki dan 25 halaman lagi hendaklah dipenuhi dengan gambar, gambar rajah, carta, keratan akhbar dan lain-lain.
6.    Tugasan yang dibuat mestilah mendapat pengesahan kepada pegawai yang dijumpa melalui cop nama & jawatan beserta dengan “Business Card”
7.    Tugasan ini boleh ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
8.    Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyiapkan tugasan ini adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri
9.    Tugasan ini hendaklah disiapkan sebelum Semester 2 berakhir dan softcopy tugasan yang telah siap mestilah dihantar ke alamat email upbkmrsmps@gmail.com pada 30 November 2020 (Isnin) jam 3.00 petang.
10.  Contoh penulisan tugasan ini boleh dilihat di https://drive.google.com/file/d/1oCkG3mRZbE2Bze21KfwoXxT5W27BBbHn/view
11.  Kelewatan dan kegagalan dalam menyiapkan dan menghantar tugasan ini boleh menyebabkan anda dinafikan untuk syarat bergraduasi.





C.   KEHENDAK DAN KANDUNGAN TUGASAN

Tugasan yang ingin dibuat mestilah mengambil kira maklumat-maklumat seperti berikut :

1.    Isi kandungan
2.    Penghargaan penulis
3.    Resume / CV penulis
4.    Pengenalan
5.    Definisi bidang kerjaya yang dipilih
6.    Sebab-sebab memilih kerjaya tersebut
7.    Ciri-ciri peribadi/personaliti yang perlu ada dalam bidang kerjaya tersebut
8.    Kelayakan akademik yang diperlukan untuk memilih bidang tersebut
9.    Tempat-tempat pengajian yang disediakan untuk bidang tersebut
10.  Tawaran pinjaman atau biasiswa yang disediakan untuk bidang tersebut
11.  Peluang atau prospek bidang kerjaya yang dipilih pada masa depan
12.  Pendapatan/gaji yang ditawarkan
13.  Wawancara/temubual dengan salah seorang yang berjawatan dalam kerjaya tersebut
14.  Penutup
15.  Rujukan (format : APA Style)

D.   FORMAT / PANDUAN SOALAN TEMU BUAL / WAWANCARA

Pelajar dinasihatkan untuk mengikut format penghasilan temu bual / wawancara seperti berikut :

·         Nama pegawai yang diwawancara
·         Jawatan yang disandang
·         Organisasi
·         Tempat/Negeri

Manakala panduan soalan temu bual / wawancara mestilah melihat kepada aspek-aspek seperti berikut :

·         Ucapan penghargaan
·         Latar belakang pendidikan
·         Kelayakan akademik yang diperlukan dalam bidang kerjaya tersebut
·         Bidang atau diskripsi tugas yang dilakukan dalam menjawat bidang tersebut
·         Peluang-peluang yang terdapat dalam bidang kerjaya tersebut
·         Pengalaman yang diperolehi daripada bidang kerjaya tersebut


Muat Turun Surat Permohonan Temu Ramah : 

JADUAL PERANCANGAN GERAK KERJA
FOLIO KERJA & PENULISAN RESUME, PERANCANGAN PENGAJIAN

GERAK KERJA
TARIKH
TINDAKAN
Taklimat & Surat Kebenaran Projek
9 Julai 2020
Kaunselor
Persediaan Perancangan Projek
10 Julai – 29 November 2020
Pelajar
Penghantaran Projek
30 November 2020
Pelajar

-SELAMAT MENEMPUH PENGALAMAN YANG BERHARGA INI-


Disediakan oleh :
Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
MRSM Pasir Salak/2020

Monday, March 23, 2020

STATUS PENGHANTARAN TUGASAN KPD411 TINGKATAN 4 2020 MRSM PASIR SALAK


PELAJAR YANG GAGAL MENYELESAIKAN KESEMUA TUGASAN KPD411 BERISIKO UNTUK TIDAK BERGRADUASI KERANA KURSUS PERKEMBANGAN KERJAYA KPD411 INI ADALAH KURSUS KHAS SYARAT WAJIB BERGRADUASI BAGI PELAJAR-PELAJAR MRSM. 


Friday, February 14, 2020

Tutorial Digital Tech Tertiary Matching Platform.

Hari ini cikgu ingin kongsikan satu platform yang sangat bermanfaat terutama kepada pelajar-pelajar yang meminati bidang digital teknologi. Jika dahulu kita perlu ke pameran-pameran kerjaya untuk mendapatkan maklumat berkenaan hala tuju pendidikan selepas SPM. Namun kini, semua sudah mudah dihujung jari sahaja kita boleh dapatkan maklumat yang diingini. Video dibawah ini akan menerangkan tentang platform yang cikgu maksudkan dan selamat mencuba. 





Senarai Premier Digital Tech University :




Senarai Premier Digital Tech Polytechnic :




#Entries ini juga digunakan untuk tujuan pembelajaran subjek ESEG5033 Technology in Education bagi pelajar PGDE-MARA (MC190909438-Muhammad Ilyas bin Zambri)

Monday, February 3, 2020

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM BIDANG DIGITAL TEKNOLOGI

Sejak tercetus Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) pada pertengahan 2016 dengan membabitkan teknologi automasi, cabaran baharu meresap ke dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara.
Ia menuntut perubahan semua pihak seiring transformasi digital itu, supaya dapat terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden, memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada masa depan dunia pekerjaan.
Malaysia antara negara yang membuat persediaan secara komprehensif dalam menghadapi revolusi digital ini.
Berdasarkan data Pusat Bank Data Negara dan Inovasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, inisiatif itu mula dilaksanakan mengikut keutamaan tertentu sebelum gelombang IR 4.0 mula melanda negara Asia.
Hasilnya, data ICU menjelaskan sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hampir mencecah sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan pada 2020.
Ia antara lain disumbangkan peruntukan tinggi sekitar RM160 juta pada pembentangan bajet lalu, khusus untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan e-dagang, hab digital Malaysia dan Digital Maker Movement.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) antara agensi bertanggungjawab menguruskan zon perdagangan bebas digital pertama dunia. Ia antara lain berfungsi sebagai zon khusus aktiviti perniagaan sama ada secara fizikal atau dalam talian bagi merangsang aktiviti keusahawanan.
Program outreach atau jangkauan juga antara terus dilaksanakan di pelbagai platform bersesuaian untuk mempersiapkan masyarakat dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang berkaitan IR 4.0. Sebahagian besarnya berkisar kepada dunia tanpa sempadan.
Teknologi robotik, objek rangkaian internet (IOT), kepintaran buatan (AI), data analitik, pemprosesan imej, perisian, sistem komunikasi mudah alih, percetakan tiga dimensi (3D), keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada.
Antara bidang yang turut bergerak seiring perkembangan revolusi ini ialah pendidikan dengan antara agenda diberikan perhatian serius ialah ruang kerjasama antara institusi pendidikan dan teknikal serta industri.
Pada peringkat pendidikan tinggi misalnya, antara lain ia berkisar kepada pembangunan bakat dan bidang teknologi baharu, digital dan kejuruteraan bertujuan mempersiapkan graduan untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar.
Namun, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipetik berkata, Kementerian Pendidikan menekankan pentingnya prinsip, etika dan sikap bertanggungjawab dalam memacu IR 4.0 dengan kemajuan inovasi digital dan penghasilan IOT dalam konteks pemberdayaan modal insan. Salah satu daripadanya ialah konsep pembestarian sekolah.
Konsep ini menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Ia secara tidak langsung membuktikan revolusi dan perkembangan teknologi terutama dalam kalangan generasi muda sudah lama diberikan perhatian serius.
Inisiatif ini memberi impak besar dalam transformasi PdP berbantukan ICT di semua sekolah di Malaysia dan membuahkan hasil memberangsangkan. Ia juga membawa Malaysia ke persada dunia serta menjadi model panduan kepada negara luar termasuk Korea Selatan.
Terkini, penumpuan terhadap bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), terutama dalam mewujudkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri, turut menjadi antara aspek yang diberi perhatian serius, khususnya menerusi inisiatif Sijil Jalinan Kolaborasi (CoC).
Sebagai persediaan jangka masa panjang, kementerian turut berhasrat memperkenalkan silibus AI dan robotik dalam mata pelajaran Reka Cipta dan Teknologi (RBT) kepada murid Tahun Empat mulai 2020 nanti.
Dalam menyokong agenda berkenaan, UniMAP - sebuah universiti berteraskan kejuruteraan, turut memainkan peranannya membantu memupuk minat generasi muda, terutama dalam kalangan murid sekolah meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Ia sebahagian usaha khidmat sosial universiti (USR) ke arah membentuk generasi celik teknologi dan mampu bersaing dalam cabaran IR 4.0. Komitmen itu antara lainnya ditunjukkan menerusi penganjuran pelbagai program yang meletakkan pelajar sekolah sebagai kelompok sasaran.
Harus diingat, perkara berkaitan teknologi bukan sesuatu yang popular dan mudah untuk diadaptasi, namun inisiatif dilaksanakan baik pada peringkat pentadbiran negara, kementerian mahupun universiti seharusnya menjadikan kita antara warga yang menyokong dan mendukung agenda perindustrian dan daya saing ekonomi negara.
Sebagai warganegara Malaysia, kita sewajarnya bersyukur apabila negara berusaha menjalankan pelbagai inisiatif untuk terus bangkit bersama-sama negara membangun lain dalam menghadapi cabaran IR 4.0.
Ayuh bersama menyokong agenda negara!
Penulis : Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad (Naib Canselor UniMAP)



Berdasarkan artikel dan video di atas, Pelajar dikehendaki menulis satu ulasan/komen/pendapat/pandangan mengenai Revolusi Industri 4.0 dan Bidang Teknologi Digital menerusi ruangan komen di bawah dan perlu memberi dua maklumbalas kepada ulasan/komen/pendapat/pandangan yang diberikan oleh pelajar lain di ruangan reply. 

Pelajar perlu menggunakan id No. Maktab sebagai pengenalan diri semasa berinteraksi. Tugasan ini adalah sebahagian daripada Kursus Khas Perkembangan Kerjaya (KPD411) MRSM Pasir Salak. 

#Entries ini juga digunakan untuk tujuan pembelajaran subjek ESEG5033 Technology in Education bagi pelajar PGDE-MARA (MC190909438-Muhammad Ilyas bin Zambri)

Thursday, November 14, 2019

TUGASAN TAMBAHAN KPD411 : PEMBINAAN STORYTELLER CV WEBSITE


Apa pentingnya resume?  kenapa dah ada resume perlu buat video resume dan web resume ? Para pelajar semua dunia hari ini telah mengalami satu perubahan yang besar dalam pelbagai bidang dan selari dengan perkembangan teknologi hari ini, cara mempromosi diri juga telah beralih kepada pelbagai kaedah dan tidak hanya lagi bergantung kepada penulisan resume semata-mata.

Untuk menyediakan pelajar supaya sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran ini. Cikgu akan memberikan tugasan kepada anda.

Anda dikehendaki membina satu Storyteller CV website menggunakan platform wix.com, Maklumat yang perlu ada didalam Storyteller CV website adalah seperti di dalam post sebelum ini berkenaan PENULISAN RESUME.

Memandangkan CV website ini tiada had penulisan maka anda perlu meletakkan gambar, video dan pencapaian yang tertinggi yang ingin anda tonjolkan sebagai portfolio anda. Anda juga boleh memuat naik video resume yang telah anda buat ke dalam Storyteller CV website anda.

Sila hantar tugasan anda dengan menulis dibahagian ruangan komen di bawah seperti berikut :

Nama :
No. Maktab :
Kelas :
Pautan link  :

Tarikh akhir penghantaran tugasan ini adalah 02 Januari 2020.

Penghantaran selepas dari tarikh ini boleh menjejaskan status LAYAK GRADUASI memandangkan kursus KPD adalah syarat wajib bergraduasi.

Contoh :

https://www.wix.com/website-template/view/html/2337?siteId=ae86808c-70b0-41bc-9ef9-a9d53c04e185&metaSiteId=17b67e3b-83ec-4b09-965b-e8b88bb6ee45&originUrl=https%3A%2F%2Fwww.wix.com%2Fwebsite%2Ftemplates%2Fhtml%2Fportfolio-cv%2Fresumes-cvs

Tutorial membuat akaun Wix :



#Entries ini juga digunakan untuk tujuan pembelajaran subjek ESEG5033 Technology in Education bagi pelajar PGDE-MARA (MC190909438-Muhammad Ilyas bin Zambri)

Wednesday, November 13, 2019

APPLY NOW FOR THE 2020 SPACE CAMP EXCHANGE PROGRAM IN HUNTSVILLE, ALABAMA!


OVERVIEW 
Calling all space enthusiasts! As part of U.S. Embassy Kuala Lumpur’s “Beyond the Moon” campaign celebrating the 50th anniversary of the Apollo Moon landing, the U.S. Embassy, in partnership with MDEC and #mydigitalmaker Association is looking for Malaysian student leaders to attend the Advanced Space Academy in Huntsville, Alabama. The program will take place in summer 2020 and will highlight U.S. leadership in discovery and space exploration. Two students from Malaysia will be selected to join participants from 5 other countries to visit Washington D.C. and attend the Advanced Space Academy at the U.S. Space and Rocket Center in Huntsville, Alabama. Space Camp will take place from July 22 to August 2, 2020. This exchange program is funded by the U.S. Mission to International Organizations in Vienna (UNVIE) with congressional appropriations to the U.S. Department of State that support international educational and cultural exchange programs. 

REQUIREMENTS 
Applicants must be between 15 to 18 years old at the time of the program. Residing and studying in Malaysia with Malaysian citizenship (U.S. dual citizenship will not be considered). Has not started college or university at the time of the program. Fluent in English. Should intend to pursue a science-oriented career; Demonstrate academic proficiency; Demonstrate leadership abilities and interest in one’s community through involvement in both school and community activities; Demonstrate curiosity and an eagerness to explore; and motivation to share their experiences upon returning to Malaysia. Priority will be given to: Candidates who have never traveled to the United States, and with little or no international travel experience. 

SELECTION PROCESS 
Applicants must complete an online form, write an essay and submit a two-minute video. Students who meet the requirements and are interested in applying for this program must complete and submit the application form by December 8,2019, 11.59pm. Only shortlisted candidates will be contacted for an interview by January 2020. 

APPLICATION FORM > http://bit.ly/2020SpaceCamp 

UPDATES & ENQUIRIES 
Follow MYdigitalmaker and U.S. Embassy KL on Twitter , Facebook , and Instagram for updates. @usembassykl 
@mydigitalmakermovement 

General application enquiries: mydigitalmaker@mdec.com.my 

Media enquiries: klusembassypress@state.gov

Pengiktirafan

Pengiktirafan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...